General

EPS 27 : Soloz Bongkar Realiti E-Sukan Yang Orang Tak Nampak | SembangOhhYeahh

May 16, 20262:00:48282.1K views
8,387likes
473comments

Featuring Guest

SembangOhhYeahh

Description

Episod kali ni Iskandar Rahman bawakan seorang nama yang semua gamer Malaysia dah tahu tapi rupa-rupanya korang tak kenal dia langsung. Soloz. Maharaja MLBB. Pro player yang pernah jadi pengguna Gusion paling mematikan. Tapi di sebalik semua tu tersembunyi seorang budak yang grow up dengan mindset kewangan yang jarang orang cerita simpan 80% gaji, hidup 20% je, dan bila tiba masa beli kereta impian sejak kecil, dia bayar cash penuh. Bukan poyo. Bukan flex. Dia buat sebab tak nak pening di belakang hari. Dalam episod ni, Soloz buka cerita yang dia tak pernah cerita secara terbuka perjalanan dari budak introvert yang suka main game sorang-sorang, transformasi jadi extrovert sebab perlu, bukan sebab nak. Tentang filem yang diangkat daripada kisah hidupnya. Tentang kenapa dia pilih untuk berubah. Dan tentang realiti di sebalik glamour esports yang ramai tak nampak. Episod yang buat korang fikir sejauh mana korang sanggup disiplin untuk dapatkan apa yang korang betul-betul nak? 🎙️ Sembang Ohh Yeahh | Iskandar Rahman x Soloz 🎮 Malaysia's Most Raw & Unfiltered Podcast 00:00 Intro & Teaser 01:40 Soloz Masuk Studio SOY 04:40 Siapa Soloz Di Sebalik Kamera? 07:00 Dari Bedroom Gamer Ke Pro Player — Cerita Asal Usul 08:36 Jadi Role Model MLBB — Beban atau Berkat? 10:42 AI & Adaptasi — Macam Patch MLBB, Hidup Pun Kena Update 12:50 Viral Sebab Beli Mustang Pakai Selipar 15:00 Mindset Kewangan: Simpan 80%, Hidup 20% 17:00 Money to Money — Duit Kena Bergerak, Bukan Duduk Dalam Bank 20:50 Zaman Kolej — Mula Berfikir Tentang Masa Depan 22:00 Susun Hidup Dari Muda — Plan Umur 20 Untuk Umur 50 23:00 Main Game 0 Views — Kenapa "Buang Masa" Itu Sebenarnya Data 25:40 Main Game Untuk Apa? Ada Niat ke Sekadar Buang Masa? 27:47 Filem Kisah Hidup Soloz — 50% Betul, 50% Exaggerate 30:00 Mak Bawa Rotan ke CC — Susahnya Dapat Kepercayaan Ibu Bapa 31:55 Soloz Tak Minta Duit Mak Ayah Sepanjang Kolej 38:30 Gagal Bukan Kegagalan — Semua Adalah Pembelajaran 39:00 Jangan Give Up — Soloz Ada Musuh Pun, Tapi Akan Bangun Semula 41:06 Soloz Introvert ke Extrovert — Macam Mana Dia Paksa Diri Berubah 43:37 Umur 27-28 Baru Keluar Dari Comfort Zone 54:58 Cerita Fix — Dalam Game Garang, Luar Game Lembut & Wangi 57:05 7GL Team Stories — Sofian, Madi, Pia 58:54 Madi = Naruto — Konsisten Mati, Tapi Tak Pernah Give Up 01:00:00 Sofian Si Penjahat — Rules Khas Untuk Dia Dalam 7GL 01:12:47 Hidup Bukan Untuk Puaskan Hati Orang Lain 01:13:53 Titik Terendah Soloz — Kena Jual Barang Nak Bayar Gaji Karyawan 01:15:24 Belajar Cakap Tidak — Tolong Orang Yang Betul-Betul Perlu Sahaja 01:16:58 Orang Malaysia Terlalu Baik — Susah Nak Cakap No 01:17:21 Vamos E-sport Team — 4-5 Share Holder, 2 Season, Kenapa Keluar? 01:19:13 Kenapa Soloz Keluar Dari Team Ownership — Rasa Nak Main Sendiri 01:29:00 SRG Selangor E-sport — Kenapa Dorang Solid 01:33:41 Kaya Atau Tak Kaya Bukan Faktor Utama — Chemistry Adalah Raja 01:34:05 Coach vs Player Dalam Draft Pick — Siapa Yang Tentukan? 01:36:55 Team Ray 6 Win Streak — Tapi Kena Konsisten 01:39:09 PUBG vs MLBB — PUBG Macam Badminton, MLBB Macam Bola Sepak 01:41:05 Cara Nak Jadi Streamer — Nasihat Soloz Untuk Yang Baru Start 01:42:00 Start Dengan 1 PC Untuk 7 Orang — Kisah Awal 7GL 01:43:00 Karakter + Konsisten = Kunci Jadi Streamer Berjaya 01:45:00 Jangan Harap Duit Terus — Streaming Dulu Sebagai Hobi 01:47:33 Jangka Hayat E-sport Pendek — Plan Kewangan Dari Sekarang 01:49:39 Soalan Terakhir — Kalau Orang Dah Tak Kenal Soloz, Apa Yang Nak Diingat? 01:50:16 Blueprint Soloz — Umur 20 Belajar, Umur 25 Cari Duit, Compound 01:52:36 Hidup Sederhana — Income Besar Tak Guna Kalau Spending Pun Besar 01:53:00 Pesanan Untuk Orang Muda — Belajar, Simpan, Jangan Banyak Gaya 01:54:17 Kenapa Zaman Sekarang Banyak Depress & Anxiety 01:55:06 Compounding & Bahaya Hutang Berbunga 01:56:30 Ukur Baju Di Badan Sendiri 01:57:01 Closing — Terima Kasih Soloz 01:58:00 Pantun & Sign Off

Chat dengan Producer