EPS 45 : Rifdean Masdor Bakal Rebut Gelaran ONE World Champion Sebenar Di Tokyo | SembangOhhYeahh
Featuring Guest
SembangOhhYeahh
Description
The Rayhan mempersembahkan SYUKUR 26, sebuah konsert yang meraikan rasa syukur, memori dan penghayatan melalui persembahan penuh emosi. 📅 31 Oktober 2026 📍 Megastar Arena KL Satu malam. Satu memori. Satu rasa syukur. 🎟️ Tempah tiket sekarang: https://therayhankonsert.com #TheRayhan #Syukur26 #KonsertNasyid #MegastarArenaKL Pandangan, pendapat, dan/atau dakwaan yang disuarakan oleh tetamu kami dalam episod ini adalah pandangan peribadinya semata-mata dan tidak sama sekali mencerminkan pendapat, dasar, atau pendirian SembangOhhYeahh, hos kami, atau pihak-pihak yang berkaitan dengan kami. Kisah-kisah yang dikongsikan pada hari ini adalah berdasarkan pengalaman dan perspektif peribadi tetamu mengenai satu peristiwa yang pernah menggemparkan negara. Memandangkan terdapat dakwaan tertentu yang tidak dapat disahkan kesahihannya secara bebas, kami telah memilih untuk menapis nama-nama tertentu serta butiran pengenalan atas sebab undang-undang dan privasi. Episod ini diterbitkan untuk tujuan dokumentari dan perkongsian maklumat sahaja. Budi bicara dan pertimbangan pendengar amatlah dinasihatkan." ━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━ Episod kali ni Iskandar Rahman bawakan seorang fighter yang nama dia kena korang ingat baik-baik — Riifdean, atau nama penuh dalam gelanggang. Fighter dari Sarawak yang mula berlatih dari umur 7 tahun. Yang menang juara dunia peringkat junior pada umur 17 tahun — lawan orang Israel, patah hidung round 1, tapi bantai balik round 2 dan round 3 sampai menang. Yang naik ke peringkat senior, umur 21 sampai 23 sapu habis semua orang. Rekod 7 kemenangan dan hanya 1 kekalahan — dan kekalahan tu pun dia sendiri kata nampak clear dia yang menang. Yang sekarang bakal terbang ke Tokyo untuk bertarung dalam ONE Championship merebut gelaran World Champion sebenar — bukan interim, tapi gelaran penuh. Dalam episod ni Riifdean buka semua — dari perjalanan dia sebagai budak Sarawak yang training tanpa gaji, tak nak susahkan mak ayah, sampai ke pesan bapa dia yang satu je: "kau kena jadi champion dunia." Dia cerita pasal 2 minggu sebelum fight penting dia kena demam teruk, pasal orang yang cakap dia terlalu awal dapat peluang fight belt, dan pasal kenapa kalah atau menang di Tokyo — dia dah buat keputusan dia tak malu. Tapi satu benda yang Iskandar cakap terus terang dalam episod ni — "kau wajib menang Din. Sebab kalau kau menang, kaulah juara dunia sebenar Malaysia." 🎙️ Sembang Ohh Yeahh | Iskandar Rahman x Rifdean Masdor 🥊 Malaysia's Most Raw & Unfiltered Podcast
Topics
More Episodes
EPS 44:Hampir 20 Tahun Berpisah, The Rayhan Dedah Kisah Sebenar |SembangOhhYeahh
84.0K views • 3:30:07
EPS 43:Pak Munawer Dedah Ilmu, Ramai Takut Nak Tahu —Kubur, Minyak Dagu & Alam Ghaib|SembangOhhYeahh
501.4K views • 3:56:58
EPS 42:Dari Taiko Kongsi Gelap Ke Dapur Kisah Taubat Chef Alam Yang Ramai Tak Tahu | SembangOhhYeahh
617.2K views • 1:19:47