Terus ke kandungan
General

PENDEDAHAN EKSKLUSIF: DATUK SERI NAZIR HUSSIN | SembangOhhYeahh

Oct 10, 20261:50:10457.3K views
6,291likes
1,513comments

Featuring Guest

SembangOhhYeahh

Description

Sembang Ohh Yeahh menyediakan platform untuk pelbagai pihak berkongsi pengalaman, memberi penjelasan dan menjawab persoalan yang dibangkitkan. Kehadiran tetamu dalam episod ini bukan tanda sokongan atau pengesahan terhadap setiap kenyataan beliau. Sebarang dakwaan yang dikemukakan kekal sebagai dakwaan sehingga disahkan melalui bukti atau proses yang sewajarnya. Kami menghormati proses siasatan dan kehakiman serta tidak membuat kesimpulan tentang kesalahan mana-mana pihak. Penahanan bukan bukti bersalah, manakala pelepasan daripada tahanan tidak semestinya bermaksud kes telah selesai. Tonton perbualan ini dalam konteks penuh. Pihak yang disebut diberikan ruang untuk mengemukakan respons, penjelasan atau pembetulan. ━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━ Episod ni bukan dirancang. Bukan ada booking awal. Iskandar Rahman dapat tahu pagi, shoot tengah hari, malam terus tayang. Datuk Seri Nazir — bekas Exco Pemuda UMNO Malaysia 2 penggal, Ketua Pemuda Bahagian Titiwangsa 3 penggal, dan pemilik kumpulan syarikat dengan 26 buah kapal dalam industri maritime — hadir di SOY untuk cerita satu benda yang dia kata hak dia sebagai rakyat Malaysia. Seminggu lepas, 25 pegawai SPRM datang rumah dia jam 6:30 pagi. Sitar kereta. Geledah rumah. Bawa dia pergi reman 5 hari. Dan sebelum siasatan bermula, SPRM upload video dia berjalan ke mahkamah dengan lagu penyamun — 700,000 views dalam masa 24 jam. Lepas dia buat press conference, video tu dipadam. Tapi cerita ni tak bermula semalam. Ia bermula pada 2020, bila Datuk Seri Nazir dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Bank Rakyat. Dia buat investment RM10 juta — untung balik RM1.85 juta. Yayasan dapat semua balik. Untung. Tak hilang satu sen pun. Empat tahun kemudian, tiba-tiba jadi kes penyamun. Dan yang paling buat Malaysia terdiam dalam episod ni — semasa 5 hari reman tu, dia cakap soalan siasatan yang ditanya tak ada langsung kena mengena dengan Yayasan. Yang ditanya: adakah Datuk Seri nak kembali ke UMNO? Sebelum dia keluar SPRM, ada yang pesankan satu benda: “balik diam-diam. Kuasa atas tu besar. Dia boleh buat macam-macam kat engkau.” Dia pilih SOY untuk jawab balik. 🎙️ Sembang Ohh Yeahh | Iskandar Rahman x Datuk Seri Nazir 🇲🇾 Malaysia’s Most Raw & Unfiltered Podcast ━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━ Tukar views korang jadi duit 💰 Join ClippersFarm free 👉 https://clippersfarm.com Dah post TikTok, Reels, Shorts tiap hari tapi dapat views je? Dengan ClippersFarm, korang pilih campaign dari brand, buat clip, post macam biasa, dan dibayar ikut verified views. ✅ Free join, takde minimum followers 🎬 Pilih campaign, baca brief, terus clip 📈 Dibayar per 1,000 verified views 📱 TikTok, Instagram Reels atau YouTube Shorts 💰 Track views & earnings real-time dalam dashboard Baru start ke dah biasa viral, semua boleh join. 🔗 https://clippersfarm.com #ClippersFarm #ClipperMalaysia #DuitOnline #ContentCreatorMalaysia #TikTokMalaysia 00:00 Teaser — SPRM Upload Video Penyamun, Freeze Akaun, Nak Tuduh Jual Motor 03:10 Intro SOY — Disclaimer Iskandar Sebelum Mula 05:25 Datuk Seri Nazir Masuk Studio — Baru Balik "Percutian Bertaja Kerajaan" 07:27 Siapa Datuk Seri Nazir — Ikon Permotoran & Businessman 08:00 Exco Pemuda UMNO 2 Penggal — 10 Tahun Bersama KJ 10:10 Slow Down Politik Lepas 2018 — Fokus Balik Perniagaan 10:32 Dipecat UMNO — Sama Batch Dengan KJ & Hishamuddin 12:55 Perniagaan Datuk Seri Nazir — 26 Kapal, Green Energy, Pharma & Trading 14:00 Adik Beradik Hidup Bersama — Rumah Sebelah-Sebelah 17:05 Dilantik Pengerusi Yayasan Bank Rakyat 2020 27:30 Decide Invest RM10 Juta Dari Dana Yayasan 28:50 Kriteria Investment — Capital Guarantee & Syariah Compliant 30:50 Tahun Pertama Dapat 12% — Total Untung 18.5% 32:40 Kontrak Habis, New Management Withdraw — Semua Dapat Balik 33:30 4 Tahun Berlalu — Tiba-Tiba Viral Masa Nak PRU 2022 34:50 SPRM Datang Sekali Dulu — Tengok Dokumentasi, Semua Okay, Senyap 35:00 30 Oktober — 25 Pegawai SPRM Datang Rumah Jam 6:30 Pagi 37:00 SPRM Penuh Agenda — Sitar Kereta, Geledah Bilik Tidur 39:00 Datuk Seri Tanya: Apa Salah Saya Buat? — Jawab: Arahan Atas 42:30 Soalan Siasatan Dalam SPRM — Pasal UMNO & Najib, Bukan Yayasan 43:52 Mahkamah — Minta 7 Hari Reman, Dapat 5 Hari 50:55 SPRM Upload Video Penyamun Hari Pertama Reman — 700k Views 54:00 Bilik Siasatan — Pertama Kali Datuk Seri Nazir Rasai 01:01:15 Hari Ke-2 & Ke-3 — Takde Soalan Pasal Yayasan Langsung 01:09:20 Soalan Kelakar Dalam Reman — Nak Bertanding PRU? Nak Balik UMNO? 01:13:50 SPRM Sendiri Viralkan Video Penyamun — Belum Bersalah, Dah Dihukum 01:31:05 Nak Kena Tuduh Jual Motor BMW RT — Bukan Yayasan 10 Juta Dah 01:37:00 Datuk Seri Nazir Jelaskan Kisah Motor RT — Dealer Biasa, Kawan Beli 01:41:10 Voluntarily Ambil Gardening Leave Dari Semua Bisnes 01:42:35 Minta Peguam Negara Teliti Kes — Bimbang Ada Sabotaj 01:44:00 Doa Untuk Yang Zalim — Diberi Hidayah 01:45:00 Closing Iskandar — Biarkan Rakyat Menilai 01:48:15 Pantun & Sign Off

Chat dengan Producer